Tuesday, July 07, 2026

Karangan UASA: Kebakaran hutan dan pembakaran sampah secara terbuka menjadi punca kejadian jerebu di negara kita. Jelaskan sebab-sebab berlakunya kejadian ini.

Kebakaran hutan dan pembakaran sampah secara terbuka menjadi punca kejadian jerebu di negara kita.

Jelaskan sebab-sebab berlakunya kejadian ini.

Kejadian jerebu merujuk situasi udara yang tidak sihat buat manusia kerana dipenuhi dengan kepulan asap. Masalah ini telah mendapat perhatian utama media massa kerana boleh menjejaskan kualiti kesihatan manusia pula. Jadi, ada pelbagai faktor yang dilihat menjadikan isu ini semakin meruncing.

Punca utama masalah ini disebabkan oleh kebakaran hutan di kawasan tertentu di Malaysia. Ada pihak yang menyalahkan golongan petani di kawasan pedalaman yang sengaja membakar hutan untuk memudahkan mereka menerangkan kawasan hutan untuk menjalankan aktiviti pertanian. Namun, ada juga dakwaan bahawa pembakaran hutan ini dilakukan oleh golongan tertentu yang mengaut keuntungan besar terutama pembalak haram.

Selain itu, kita tidak menolak kemungkinan berlakunya pembakaran sampah secara terbuka yang dibuat oleh rakyat negara ini lalu menjadikan cuaca berjerubu pula. Masyarakat menganggap bahawa sikap membakar sampah secara terbuka ini tidak menyalahi peruntukan perundangan negara pula. Oleh itu, jerebu menjadi serius kerana wujudnya ahli masyarakat kita yang tidak memahami bahawa membakar secara terbuka itu membawa mudarat yang besar terhadap kualiti udara negara.

Pada masa yang sama, ada pihak yang menganggap kelemahan dalam sistem penguatkuasan perundangan negara yang membawa masalah jerebu ini berlaku. Kita masih enggan bertindak tegas kepada pihak yang mencemarkan alam seperti pengilang, pengendali pengangkutan awam dan sebagainya. Maka, kelemahan dalam sistem penguatkuasaan inilah yang mendorong lebih banyak pihak berani untuk mencemarkan alam sehingga mewujudkan isu jerebu ini.

Malah, masalah ini juga menjadi kritikal kerana masyarakat kita kurang pengetahuan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Banyak pihak melihat tugas menjaga alam sekitar bukanlah tanggungjawab mereka lalu mereka sanggup memusnahkan alam tanpa perasaan bersalah. Jelaslah, kemelut jerebu ini semakin menjadi-jadi kerana tahap pemahaman rakyat kita tentang isu alam sekitar begitu rendah.

Kesimpulannya, semua pihak terutama rakyat perlulah memahami betapa seriusnya masalah jerebu ini terutama terhadap kesihatan manusia. Sikap tidak apa atau memandang remeh masalah alam sekitar haruslah dibuang jauh-jauh dengan segera. Bak kata peribahasa, “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya” yang mengingatkan kita bahawa alam sekitar ini boleh hilang jika pencemaran alam terus berlaku tanpa kawalan. 

No comments:

Artikel Pilihan

Karangan UASA: Kebakaran hutan dan pembakaran sampah secara terbuka menjadi punca kejadian jerebu di negara kita. Jelaskan sebab-sebab berlakunya kejadian ini.

Kebakaran hutan dan pembakaran sampah secara terbuka menjadi punca kejadian jerebu di negara kita. Jelaskan sebab-sebab berlakunya kejadian ...