Thursday, September 17, 2026

Kejadian jenayah terhadap wanita semakin menjadi-jadi terutama di kawasan kota besar. Jelaska cara-cara mengatasi jenayah ini.

Kejadian jenayah terhadap wanita semakin menjadi-jadi terutama di kawasan kota besar.

Jelaskan cara-cara mengatasi jenayah ini.


Dewasa ini, kes jenayah terhadap wanita seperti ragut, samun, penculikan dan gangguan semakin membimbangkan masyarakat. Keadaan ini menyebabkan wanita berasa kurang selamat ketika berada di tempat awam, terutamanya apabila bersendirian. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilakukan bagi mengelakkan wanita daripada menjadi mangsa jenayah.


Antara langkah yang boleh dilakukan ialah wanita perlu sentiasa berwaspada ketika berada di tempat awam. Mereka hendaklah mengelakkan kawasan yang sunyi atau gelap, terutama pada waktu malam. Mereka juga perlu peka terhadap individu yang mencurigakan dan segera mendapatkan bantuan sekiranya berasa terancam kerana sediakan payung sebelum hujan.


Selain itu, wanita digalakkan mempelajari ilmu mempertahankan diri seperti silat, karate atau taekwondo. Kemahiran ini dapat membantu mereka melindungi diri apabila berhadapan dengan penjenayah. Mereka juga akan menjadi lebih yakin dan mampu bertindak dengan pantas ketika berada dalam keadaan kecemasan kerana alah bisa tegal biasa.


Seterusnya, pihak berkuasa perlu meningkatkan rondaan di kawasan yang berisiko tinggi. Pihak polis boleh melakukan rondaan dengan lebih kerap di kawasan perumahan, tempat letak kereta dan kawasan pengangkutan awam. Kehadiran anggota polis dapat menakutkan penjenayah daripada melakukan kegiatan mereka kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.


Akhir sekali, masyarakat perlu bekerjasama menjaga keselamatan wanita. Orang ramai tidak seharusnya bersikap mementingkan diri apabila melihat seseorang berada dalam bahaya. Mereka hendaklah segera membantu atau menghubungi pihak polis jika terlihat kejadian yang mencurigakan kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Kesimpulannya, keselamatan wanita merupakan tanggungjawab bersama. Wanita perlu berhati-hati, manakala pihak berkuasa dan masyarakat hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam mencegah jenayah. Jika semua pihak berganding bahu, kadar jenayah terhadap wanita dapat dikurangkan dan kehidupan masyarakat akan menjadi lebih aman serta selamat.

Tuesday, September 01, 2026

EXAM SEMAKIN HAMPIR PERLUKAN GURU UNTUK BELAJAR BERSAMA-SAMA



 

Setiap murid ada mempunyai cita-cita sendiri. Namun, banyak faktor mempengaruhi kejayaan memperoleh cita-cita itu. Jelaskan langkah-langkah untuk mencapai cita-cita

Setiap murid ada mempunyai cita-cita sendiri. Namun, banyak faktor mempengaruhi kejayaan memperoleh cita-cita itu.

Jelaskan langkah-langkah untuk mencapai cita-cita

Setiap orang pasti mempunyai cita-cita yang ingin dicapai dalam kehidupan. Ada yang bercita-cita untuk menjadi doktor, guru, jurutera, peguam dan usahawan yang berjaya. Namun begitu, cita-cita tidak akan tercapai sekiranya kita hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha. Oleh itu, beberapa langkah perlu dilakukan agar impian kita menjadi kenyataan.

Antara langkah utama untuk mencapai cita-cita ialah belajar dengan bersungguh-sungguh. Kita hendaklah memberikan perhatian semasa guru mengajar serta rajin membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran. Sikap rajin akan membantu kita memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bak kata peribahasa, “usaha tangga kejayaan.”

Selain itu, kita mestilah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Kita perlu menyediakan jadual harian supaya masa untuk belajar, berehat dan melakukan aktiviti lain dapat diurus dengan baik. Kita juga harus mengelakkan tabiat membuang masa seperti bermain permainan dalam talian atau melayari media sosial secara berlebihan. Sesungguhnya, “masa itu emas” dan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.

Di samping itu, kita hendaklah sentiasa meminta bimbingan daripada guru dan ibu bapa. Kita tidak seharusnya malu untuk bertanya kepada guru apabila menghadapi masalah dalam pelajaran. Nasihat daripada ibu bapa pula dapat memberikan semangat kepada kita untuk terus berusaha walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Bak kata peribahasa, “malu bertanya sesat jalan.”

Akhir sekali, kita perlu bersikap tabah dan tidak mudah berputus asa. Kegagalan dalam peperiksaan bukanlah alasan untuk meninggalkan cita-cita, sebaliknya kita perlu mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya. Setiap cabaran harus dijadikan pengalaman untuk mendorong kita berusaha dengan lebih gigih. Bak kata peribahasa, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”

Kesimpulannya, cita-cita dapat dicapai sekiranya kita rajin belajar, berdisiplin, mendapatkan bimbingan dan tidak mudah berputus asa. Kejayaan tidak datang bergolek kerana setiap individu perlu berusaha dan berkorban untuk mendapatkannya. Oleh itu, kita hendaklah mula berusaha sejak di bangku sekolah agar masa depan yang cerah dapat direalisasikan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Artikel Pilihan

Tema Demi Kedamaian