Monday, July 20, 2026

Generasi muda hari ini banyak yang mengalami masalah kesihatan kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan golongan remaja banyak menghabiskan masa dengan telefon. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk teknologi ini?

Generasi muda hari ini banyak yang mengalami masalah kesihatan kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan golongan remaja banyak menghabiskan masa dengan telefon. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk teknologi ini?


Seiring dengan arus pemodenan, telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi, malah telah menjadi sebahagian daripada rutin harian remaja. Malangnya, ramai remaja terlalu asyik menggunakan telefon sehingga mengabaikan kesihatan dan aktiviti yang lebih bermanfaat. Persoalannya, apakah kesan buruk penggunaan telefon terhadap kesihatan generasi muda? Terdapat beberapa kesan yang wajar diberikan perhatian.



Penggunaan telefon secara berlebihan menyebabkan remaja lebih gemar menghabiskan masa di hadapan skrin daripada bersukan atau bersenam. Akibatnya, mereka mudah mengalami obesiti, badan menjadi lemah dan kesihatan semakin merosot. Bak kata pepatah, “badan cergas, otak cerdas,” maka aktiviti fizikal tidak boleh diabaikan.



Selain itu, pendedahan kepada skrin telefon dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan mata cepat letih, kabur dan mengalami rabun. Lebih membimbangkan, ramai remaja berjaga sehingga lewat malam untuk melayari media sosial sehingga menjejaskan kualiti tidur mereka. Bak kata pepatah, “malang tidak berbau,” kerana masalah kesihatan boleh datang tanpa disedari.



Di samping itu, penggunaan telefon tanpa kawalan boleh menyebabkan remaja berasa tertekan, cemas dan hilang keyakinan diri. Mereka sering membandingkan kehidupan sendiri dengan kehidupan orang lain di media sosial sehingga sukar menghargai diri sendiri. Bak kata pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa binasa,” kerana penggunaan yang melampau hanya membawa keburukan.



Akhir sekali, telefon pintar menjadi punca remaja hilang fokus ketika belajar kerana terlalu leka bermain permainan video atau melayari media sosial. Keadaan ini menyebabkan kerja sekolah diabaikan dan keputusan peperiksaan semakin merosot. Bak kata pepatah, “masa itu emas,” oleh itu setiap pelajar perlu bijak mengurus masa demi mencapai kecemerlangan.



Kesimpulannya, penggunaan telefon secara berlebihan membawa pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan fizikal, mental dan prestasi akademik remaja. Oleh itu, semua pihak seperti ibu bapa, guru dan remaja sendiri perlu berganding bahu mengawal penggunaan telefon agar tidak menjadi ketagihan. Bak kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubati,” kerana generasi muda yang sihat merupakan aset paling berharga kepada kemajuan negara.

Tuesday, July 07, 2026

Karangan UASA: Kebakaran hutan dan pembakaran sampah secara terbuka menjadi punca kejadian jerebu di negara kita. Jelaskan sebab-sebab berlakunya kejadian ini.

Kebakaran hutan dan pembakaran sampah secara terbuka menjadi punca kejadian jerebu di negara kita.

Jelaskan sebab-sebab berlakunya kejadian ini.

Kejadian jerebu merujuk situasi udara yang tidak sihat buat manusia kerana dipenuhi dengan kepulan asap. Masalah ini telah mendapat perhatian utama media massa kerana boleh menjejaskan kualiti kesihatan manusia pula. Jadi, ada pelbagai faktor yang dilihat menjadikan isu ini semakin meruncing.

Punca utama masalah ini disebabkan oleh kebakaran hutan di kawasan tertentu di Malaysia. Ada pihak yang menyalahkan golongan petani di kawasan pedalaman yang sengaja membakar hutan untuk memudahkan mereka menerangkan kawasan hutan untuk menjalankan aktiviti pertanian. Namun, ada juga dakwaan bahawa pembakaran hutan ini dilakukan oleh golongan tertentu yang mengaut keuntungan besar terutama pembalak haram.

Selain itu, kita tidak menolak kemungkinan berlakunya pembakaran sampah secara terbuka yang dibuat oleh rakyat negara ini lalu menjadikan cuaca berjerubu pula. Masyarakat menganggap bahawa sikap membakar sampah secara terbuka ini tidak menyalahi peruntukan perundangan negara pula. Oleh itu, jerebu menjadi serius kerana wujudnya ahli masyarakat kita yang tidak memahami bahawa membakar secara terbuka itu membawa mudarat yang besar terhadap kualiti udara negara.

Pada masa yang sama, ada pihak yang menganggap kelemahan dalam sistem penguatkuasan perundangan negara yang membawa masalah jerebu ini berlaku. Kita masih enggan bertindak tegas kepada pihak yang mencemarkan alam seperti pengilang, pengendali pengangkutan awam dan sebagainya. Maka, kelemahan dalam sistem penguatkuasaan inilah yang mendorong lebih banyak pihak berani untuk mencemarkan alam sehingga mewujudkan isu jerebu ini.

Malah, masalah ini juga menjadi kritikal kerana masyarakat kita kurang pengetahuan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Banyak pihak melihat tugas menjaga alam sekitar bukanlah tanggungjawab mereka lalu mereka sanggup memusnahkan alam tanpa perasaan bersalah. Jelaslah, kemelut jerebu ini semakin menjadi-jadi kerana tahap pemahaman rakyat kita tentang isu alam sekitar begitu rendah.

Kesimpulannya, semua pihak terutama rakyat perlulah memahami betapa seriusnya masalah jerebu ini terutama terhadap kesihatan manusia. Sikap tidak apa atau memandang remeh masalah alam sekitar haruslah dibuang jauh-jauh dengan segera. Bak kata peribahasa, “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya” yang mengingatkan kita bahawa alam sekitar ini boleh hilang jika pencemaran alam terus berlaku tanpa kawalan. 

Artikel Pilihan

Karangan SPOT SPM:Huraikan cara-cara kerajaan menggalakkan masyarakat meminati karya sastera.

Soalan Karangan Percubaan SPM KESUSASTERAAN Melayu pernah menjadi nadi kepada pembentukan tamadun bangsa. Daripada pantun, syair, gurindam h...