Thursday, June 25, 2026

Karangan UASA: Gejala gengsterisme dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi terutama di kawasan bandar. Huraikan kesan negatif gejala ini terhadap pelajar.

Gejala gengsterisme dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi terutama di kawasan bandar.


Huraikan kesan negatif gejala ini  terhadap pelajar.


Gengsterisme bolehlah dilihat sebagai satu kegiatan yang melibatkan kumpulan samseng. Kajian pihak berkuasa membuktikan bahawa wujud pelajar sekolah di negara ini yang terbabit dalam gejala negatif ini. Oleh itu, impak buruk aktiviti negatif ini begitu banyak menimpa pelajar kita.


Akibat yang paling nyata ialah imej institusi pendidikan negara kita akan terjejas dengan  teruk. Nama sekolah akan tercalar bersama-sama imej guru yang mengajar di sekolah tersebut sebaik sahaja gejala ini berlaku di sekolah mereka. Lantaran itu, imej bidang pendidikan kita akan sukar untuk dipulihkan semula jika gejala ini dibiarkan menular begitu sahaja.


Selain itu, ibu bapa juga akan berasa bimbang tentang aspek keselamatan anak-anak mereka ketika berada di sekolah itu. Mereka risau anak mereka akan dipukul, dicederakan atau mungkin terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral ini. Jadi, kewujudan gengsterisme di sekolah pasti akan merisaukan semua ibu bapa.


Tambahan pula, kegiatan ini akan menjadikan tumpuan pelajar terhadap pelajaran akan terjejas. Pelajar lebih mengutamakan keselamatan diri daripada diganggu oleh kumpulan samseng sekolah ini lalu minda mereka tidak boleh menerima pelajaran dengan efektif. Maka, prestasi pelajar dan sekolah tersebut dalam peperiksaan umum negara akan mengalami impak yang besar pula.


Malah, pelajar baru pula akan berasa takut untuk belajar di sekolah yang dipenuhi dengan kumpulan samseng sebegini. Remaja yang baru berusia setahun jagung ini akan berada dalam keadaan waspada sepanjang masa kerana sedar diri mereka akan menjadi sasaran utama samseng sekolah. Sesungguhnya, bilangan pelajar di sekolah tersebut akan mengalami penurunan terutama pengambilan pelajar baru.


Kesimpulannya, semua impak negatif gengsterisme tadi itu memang berlaku di negara ini. Kerjasama semua pihaka amat diperlukan agar masalah ini boleh dikekang dengan lebih berkesan. Namun, peribahasa "bagai menatang minyak yang penuh" membuktikan usaha mendidik generasi muda bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai tanpa usaha yang bersepadu itu.


No comments:

Artikel Pilihan

Karangan UASA: Gejala gengsterisme dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi terutama di kawasan bandar. Huraikan kesan negatif gejala ini terhadap pelajar.

Gejala gengsterisme dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi terutama di kawasan bandar. Huraikan kesan negatif gejala ini  terhadap pela...