Pemakanan sihat penting untuk memastikan murid-murid boleh membesar dengan sempurna tetapi ada kalangan murid yang tidak mengamalkannya.
Jelaskan cara-cara mengamalkan pemakanan sihat.
Pemakanan sihat amat penting untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat dan bertenaga. Oleh itu, setiap murid perlu mengamalkan gaya pemakanan yang betul agar dapat menjalani kehidupan harian dengan cergas dan ceria. Terdapat beberapa cara untuk mengamalkan pemakanan sihat dalam kehidupan seharian.
Antara cara yang boleh diamalkan ialah mengambil makanan yang seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Kita perlu makan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam jumlah yang sesuai. Contohnya, nasi memberikan tenaga, ikan dan ayam membina otot, manakala sayur-sayuran serta buah-buahan membantu melancarkan sistem penghadaman.
Selain itu, kita hendaklah mengurangkan pengambilan makanan segera dan minuman bergas. Makanan seperti burger, kentang goreng dan minuman manis mengandungi lemak serta gula yang tinggi. Jika diambil secara berlebihan, ia boleh menyebabkan masalah obesiti dan penyakit jantung. Oleh itu, kita perlu memilih makanan yang lebih sihat seperti sup, bubur, atau jus buah-buahan tanpa gula tambahan.
Seterusnya, kita juga perlu mengamalkan waktu makan yang teratur. Jangan skip sarapan kerana sarapan memberikan tenaga untuk belajar di sekolah. Kita juga perlu makan dalam kuantiti yang sederhana supaya sistem pencernaan tidak terganggu.
Akhir sekali, minum air kosong secukupnya juga penting untuk kesihatan. Air membantu menyingkirkan toksin daripada badan dan mengekalkan suhu badan. Kita disarankan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari.
Kesimpulannya, amalan pemakanan sihat perlu dijadikan budaya dalam kehidupan seharian. Badan cergas, otak cerdas. Jika kita makan secara sihat, kita bukan sahaja dapat belajar dengan baik, malah dapat menikmati kehidupan yang lebih gembira dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment