Monday, March 30, 2026

Isu Kebanjiran pendatang asing ke negara ini sudah lama diperkatakan. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Isu Kebanjiran pendatang asing ke negara ini sudah lama diperkatakan.


Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.


Pendatang asing merujuk pekerja dari negara luar yang datang mencari nafkah di bumi kita ini. Antara rakyat negara asing itu meliputi dari Myammar, Indonesia, Vietnam, dan Laos. Ada pelbagai pendapat yang mengaitkan faktor yang membawa kebanjiran rakyat asing ini di Malaysia.


Sebab yang pertama melibatkan masalah politik di negara asal mereka itu sendiri. Pergolakan politik dan kemeseletan ekonomi serta peperangan telah membawa mereka berhijrah ke Malaysia pula. Semua insan di dunia ini mengidamkan satu kehidupan yang penuh dengan ketenangan dan keamanan serta keselamatan diri lalu Malaysia menjadi destinasi pilihan.


Selain itu, peluang kerja yang terlalu banyak di negara ini bersama-sama jumlah gaji yang lumayan telah mendorong kehadiran mereka. Setiap wang hasil titik peluh mereka itu akan dihantar semula ke negara asal untuk memastikan keluarga mereka mampu meneruskan kehidupan pula. Bak kata pepatah di mana ada gula di situ ada semut yang membuktikan Malaysia menjadi lubuk pekerja asing.


Tambahan pula, sikap ramah dan toleransi masyarakat kita telah memudahkan kehidupan pekerja asing ini. Masyarakat tempatan tidak memandang rendah pekerja asing yang benar-benar datang untuk mencari nafkah itu. Maka, layanan mesra sebegini menjadikan pekerja asing tertarik untuk datang dan bekerja di Malaysia.


Malah, Malaysia juga menjadi destinasi utama mereka kerana kedudukan geografi negara yang berjiran dengan semua negara ini. Kedudukan yang begitu hampir bersama-sama kemudahan pengangkutan udara dan air telah memudahkan kedatangan mereka ke sini. Oleh itu, negara ini menjadi pilihan utama pekerja asing kerana kedudukannya yang hampir dengan negara asal mereka.


Kesimpulannya, kedatangan pekerja asing ke Malaysia disebabkan oleh pelbagai faktor yang mudah untuk difahami oleh semua. Kita hendaklah memberi peluang buat mereka untuk mencari rezeki di sini pula. Usahlah kita melihat mereka ini sebagai golongan kelas kedua atau tidak layak untuk bekerja di sini pula.  






No comments:

Artikel Pilihan

Isu Kebanjiran pendatang asing ke negara ini sudah lama diperkatakan. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Isu Kebanjiran pendatang asing ke negara ini sudah lama diperkatakan. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Pendata...